hari kedua di Bandung sudah, tak banyak tempat pun pergi masa kat jakarta kecuali gi monas, pasar mangga 2 untuk shopping. kami ke Bandung menggunakan kereta-api tiket dalam harga malaysia cuma RM22 sahaja, tapi dah kerugian kat situ sebab kami ketinggalan kereta api dong! so kena beli lagi sekali tiket kereta api sodih bebeno eden! dahlah tak boleh nak tengok view yang orang duk ceghita tu bila naik train ke Bnadung. katanya viewnya asik banget dengan pemandangan gunung, sawah padi, bukit sume lah. hmm nak buat cemana, nanti kalau ada rezeki kami ke sana lagi! kat Bandung ni kena sewa kereta ya kalau nak kemana-mana, sebab kesatu tempat yang kita nakgi tu bukannya dekat, its quite far. so saya suggest korang kalau nak berjimat better gi ramai-ramai, lagi fun carpool sama-sama duit sewa pun boleh tong-tong. masalah kami kat Indonesia ni, bateri hanpon kamera sume takleh nak cas full sebab kami tak beli charger pluggin yang dekat Indonesia. lain eh suis dia dengan kita ingat sikit ;)
jadwal kereta api kalau nak ke Bandung (Agro Parahyangan) |
taksah kalau ke Jakarta tak ke Monas, ibarat macam gi KL tapi takgi KLCC ah.
sempat gi Monas sat before naik train ke Bandung, sebab Monas ni lah kami ketinggalan kereta-api tau, jangan pandang rendah dengan keluasan hektar Monas ni luas banget! ada kereta wisata tuh naik je jangan pandai-pandai nak jalan kaki! nampak je stesen kereta api tu dekat, tapi tak dekat eh i tell you! jauh sangat sampai nak tercabut kaki ni jalan. kawan ittew suruh je naik kereta api wisata tu tapi saya yang degil (malas nak tunggu kereta wisata) padahal dia punya pick-up orang tu pusing 5 minit je menunggu. kami ke Monas ni sebab dekat je dengan Hotel, lupa dah hotel apa kami stay masa kat Jakarta and yang penting satu malam murah banget. oh btw, dekat Indonesia ni susah gila nak iron baju, sebab kalau nak iron baju awa-awa kena hantar ke laundry sebab itu adalah servis yang kita kena bayar. biasalah, Indonesia situ sana semua kena cekik darah uang sana-uang sini. so kalau malas nak deals dengan laundry ni (kena gi sendiri kat Indo-Maret) tunggu dalam masa sehari or esok pagi baru boleh ambik balik baju kita. saya sarankan awa-awa bawaklah seterika or kalau malas bawak sebab memberatkan bag, bawaklah baju yang less berkedut okay. saya dah serik berjalan-jalan pusing Bandung dengan baju kedut. yelah baju lain dah busuk, basah-kunyup sebab mandi kolan kat Hotel Grand Guci. haha jap lagi kita ceghita pasal Grand Guci okayh?
berikut adalah gambar-gambar masa first arrive kat Grand Guci, turun je train kami terus cari hotel sebab penat sangat (ngantuk) pastu gi makan tepi jalan je nasi ayam penyet, es teh hanya RM5. berbaloi-baloi sampai ke esok kenyang.
YANG BAGUSNYA, HOTEL GRAND GUCI ni mewah, kebetulan masa kami sampai kan, HOTEL tu ada buat offer satu malam dalam 90 je, awak mana nak dapat hotel mewah kat malaysia rate dalam 90 cemtu je! ai gewram pulak mak! tengoklah interior dia lawas-gilos! lupa nak ambik gambar dalam bilik uih macam tido kat Berjaya Times Square lepas kahwin aritu hehek! tu jelah hotel paling kerlas mak pernah pergi selain Grand Guci Bandung ni! ada swimming pool, bilik pun mewah katil king lagi! HOTEL ni pun memang centre, kalau nakgi makan ke kat warung ampera, ke Kartika Sari, Paris Van Java dekat je!
pusing Paris Van Java sat (alah shopping mall biasa je, macam Pavi je)
angkutan kota cumam 4 ribu doang ( kami naik ni kalau nak ke tempat dekat je, macam ke pasar minggu tu, paris van java, jalan Braga)
Jalan Braga ni macam Star Hill kut, dipenuhi dengan dak-dak baru nak UP duk ambik gambar OOTD, banyak kafe hipster, barang antik, seni kraf-tangan, kebetulan kawan dah memang lama cari set pinggan mangkuk (katanya kalau beli online shipping dari US dalam 200 lebih) rupanya ada kat Jalan Braga! warna pink lagi! aum-aum! harganya cuma 60 ringgit je. agak murah lah kan?
view kat Jalan Braga ;) |
next time kita sambung entry pusing Bandung dengan sewa kereta IDR 360ribu! duit malaysia dalam 90 ringgit sorang so sum up 180 lah.