Sunday, 26 October 2014

CONGRATULATIONS ON YOUR WEDDING

Recently, my best friend got married.
I am now enjoying my 3 MONTHS holidays at home. I have plenty of things to do in my mind, but it got distracted by my driving class. Still tak lepas lagi exam untuk dapat LESEN L so sebab tu plan nak cari kerja part-time tak dapet nak dilaksanakan lagi.

Okay, tepat hari Jumaat iaitu 24 October 2014, kawan baik aku telah selamat dinikahkan dengan sekali lafaz je. Aku tumpang bahagia untuk dia, dunia dan akhirat. Aku doakan walaupun dia kahwin pada usia yang masih muda, aku harap dia dapat laksanakan tanggungjawab dia dengan baik.
Haha even aku pun kena bebel dulu nak masuk dapur masak, kemas rumah dan etc. Tapi jauh di sudut hati aku, dia boleh, mun matang lebih dari usia mun syerah, so banyakkan bersabar kalau ada masalah rumahtangga nanti. Aku sentiasa ada kalu mun perlukan tempat untuk berkongsi masalah.

Bila tengok kawan baik sendiri dah jadi bini orang ni, aku terfikir pulak. Aku ni boleh ke nak kawin ? Ah kusut. Benda yang aku selalu buat mesti menghampakan, barang salah letak, careless, pemalas, otak tak pernah nak fokus, belaja lagi lah lambat betui nak paham lecturer aku ngaja. Hmm yang aku tahu buat, online mengadap pc tengok korea, ni haa blogging, then main instagram. Tak productive langsung. Dua tiga hari ni rajin lah jugak masuk dapur basuh pinggan tolong mak masak, tapi mandi pulak tak. Hahaha apa nak jadi ko ni lily woi, solat je tapi tak mandi. Aku ibarat kobau dah yang tak suka mandi, eh kobau pun mandi apa, mandi kobau tak sabun at least mandi. Tapi aku tak mandi langsung apa citer ? Tak malu pulak share dekat sini ? Haha. Ah persetankan, ni jela cara aku nak hayati cuti 3 bulan woi. Hang dok diam jangan banyak bunyik.

Well, aku rasa aku akan selalu update blog aku ni, samada luahan rasa, cerita, tips ka ? Haha ada ke orang nak baca kalau aku post tips dekat sini ? Perasan betul. Wei korang jangan ingat aku ni useless sangat tau, semalas-malas aku pun, aku tahu gak baking cake setakat moist coklat kek tu aku tahu buat lah. Eleh setakat cake seketul je dah bising. Eh okay lahtu, dari tak tahu pape. Aku ingat nanti before kawin, aku kena rajin masuk dapur. Mati lah nanti kalau mak mertua suruh masak, aku goreng telur je. Haih tak berbaloi langsung kalau mintak hantaran mahai tapi tak reti masak.

Insha Allah, banyak resipi boleh try buat ni. Rasanya apa masakan first aku nak try buat eh ? Boleh kasi suggestion tak ? Haha goreng nasi, mi ke apa aku tahu buat. Hah sup ke, best jugak. Hmm bab masak-masak ni, kakak aku pun selalu cakap, sekarang ni memang lah aku tak reti and rasa malas nak masuk dapur, tapi once kau dah kawin nanti, ada suami, kau sendiri akan automatically masuk dapur dan rasa nak masak untuk keluarga kau. Maybe, I hope one day it is going to happen like what my sister said. So equation dia sama lah jugak macam best friend aku, even dia kahwin awal dan aku rasa dia masih macam perangai tak matang gegirls bising macam aku, dia akan adapt dengan suasana sekarang yg dia tu dah jadi bini orang.

Tipu lah, kalau aku kata aku tak sedih langsung dia kahwin, bukan aku cemburu sebab aku tak kawin lagi ke apa, tapi aku sedih lepas ni kita-kita takleh hangout macam biasa dah. Kalau dulu, aku selalu tido rumah dia, cari dia tumpang tido kat rumah sewa nun di KL sana, now takleh dah cemtu. Even malam after akad nikah rumah dia pun aku dah rasa segan nak tido situ. After that moment, I finally realised, kawan tak kekal lama, yang ada bakal pasangan hidup kita yg menemani kita hingga hujung masa dan keluarga. Maybe, I should consider proposal my sister to get married early. At least ada peneman, supporter dari segi kewangan, etc. Allah juga dah menjanjkan yg perkahwinan bakal membuka banyak pintu rezeki yg tak pernah kau bayangkan ada contohnya anak. Berdoa, moga dikurniakan jodoh yang baik, dan aku juga doakan mung, Syahirah Nabila dikurniakan suami yang soleh.

Aku takleh bayangkan situasi ada di tempat mun, everything kena buat sendiri, anak sulung, no father to help from financial assistance of course, and problem di malam akad nikah. Aku harap dengan adanya aku and all the girls that night, can reduce your worries. Just one thing for you to remember my friend, Allah takkan uji seseorang lebih dari apa yang dia dapat tanggung. 

That is all for this entry, this post basically is for my BFF Forever even selit cerita hidup aku sikit.
Hope she's doing well and cepat-cepat buleh baby deh.
Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...